Currently listening to this song . Atoto comelllll :)

Alolo ini lagi terserlah kecomelannya , hehe ;D
HOHO ini teramatlah aku suka
Hai semua . Hari ni sekolah takde pape yang special pun , sama macam hari-hari biasa :) . Oh hari ni special sikit kut , sebab aku faham jalan kira Mathematics 60% lebih cepat daripada biasa muehehe xD *terserlah kelembapan dalam math . Hari ni kan , hari ni kan , aku kan , aku tak tugas pun jaga bengkel :D *kecoh arr . Sesaje nak buat rekod kesalahan dalam pengawas , orang lain boleh je ponteng , apasal aku tak leh lak? objection bebeh , objection XD *banyaklah kau punya objection , tak pasal-pasal kena lecture dengan akak zakirah nanti , padan muka --' .
Cakap pasal objection ni la kan , aku kan sebenarnye kan , baru je terkira-kira nak masuk perbahasan bahasa melayu *hekeleh , cakap kat depan kelas pun dah tergagap-gagap , ni pulak depan dewan --' . Ala aku try jeh , sesaje nak cari pengalaman barumaut . Tapi in the same time , aku pun merancang untuk masuk Choral Speaking *ada can la nak menang ecece XD . Oleh itu *amboi ayat skema gila bhaiii , aku bercadang untuk masuk Choral Speaking daripada Perbahasan *oi anis , itu pun belum tentu ada tempat kosong , tengok la dulu , men bantai jeh --'
HAHA amende lah aku merepek ni . abaikan abaikan . Aku kan tetiba rasa macam nak tukar link blog ni , again . Alaa , janganla marah ye , aku ada sebab-sebab tertentu xP . Sebab kan , sejak kebelakangan ini *ecehhh ayat :D , adik aku dah tahu link blog aku and dia pun sengap-sengap baca blog usang ni and dia pun asyik-asyik gelakkan aku punya post . Apasal mahu penumbuk ke --' , geram gak dengan budak sekoq ni , hal orang pun nak baca . Ini lah padahnya bila berkongsi laptop dengan ahli keluarga ye kawan kawan :D
Asalnya tadi aku cuma nak buat post pendek je . Tetiba pulak post ni jadi panjang lak , kenapa eh ? Macam mana pulak boleh jadi tetibe je HAHA XD . Maaf lah ye :P . Anyway manusia kan sentiasa buat silap , and aku sebagai manusia yang masih menghirup udara bumi usang ini *anis berkarya , akan terus buat kesilapan selagi hayat terkandung nyawa *sekali lagi , anis berkarya . Kalau aku past ayat-ayat ni kat cikgu Syurni , dia terima tak ? Agak-agak aku boleh dapat A tak ? Ye laa , dia pung nak baca jugak ayat-ayat berbunga aku nih XD . nah cikgu , sepuluh perenggan pun boleh saya siapkan untuk cikgu Syurni yang baik hati ^^; Demi cikgu , saya sanggup merentas seribu kaki lautan *nak mampos ? bak kata cikgu syurni XD .
HAHA makin meleret-leret pulak post ni . Oleh itu , sekian sahaja bebelan aku pada hari ini . Sekian , assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

No comments:
Post a Comment