Seperti yang disedia maklum , hari ni keputusan PMR dah keluar . Aku pulak tetiba rasa terharu nak tahan air mata ni dari meleleh tengok budak-budak PMR ambik result tahun ni . Padahal bukannya aku yang ambil PMR HAWHAWHAW over je lebih .
Last-last , aku terfikir jugak . Aku PMR nanti macam mana ? Adakah aku dapat buat yang terbaik ? Adakah aku dapat membanggakan keluarga aku ? Atau memalukan diorang semua ? Adakah mereka bahagia dan redha dengan keputusan yang bakal aku dapat ? *tetibe perasaan over bertukar menjadi curious :P
Kkk watever lah aku melalut dekat sini ? Kalau Allah nak bagi , Dia akan bagi . Kalau Allah tak nak bagi sekarang , dia akan bagi pada hari lain , kan ? Yang penting kita dah berusaha . Lepas berusaha , kita bertawakal . Lepas tu , Allah yang tentukan . Kalau niat kita betul , hati kita ikhlas , Allah mesti tunaikan apa yang kita hajat , kan , kan , kan ? Aku pun , masih banyak masa lagi ni . Kalau aku study dari sekarang , kalau aku usaha dari sekarang , kalau aku ...... dari sekarang , aku mungkin dah berjaya dah .
Tapi , masa aku form 1 dulu , aku banyak main-main . B aku pun lagi banyak daripada A .Ni semua berkat kerajinan aku menghadap komputer hari hari :P Lepas tu bila esok nak exam , la tu jugak nak baca . Last minute study . Aku tak pernah buat preparation . Hasilnya , lihatlah . Padan muka , hehe :P
Form 2 pulak , erm , tahun ni aku dah berubah sikit . Aku dah makin rajin *tapi ada sikit-sikit malas tu , aku pun try improve diri sendiri . Aku dah tak main-main dah . Dan kesudahannya , aku berjaya jugak dapat A, walaupun cukup-cukup makan je , tapi kita kena bersyukur . Nanti Allah tarik balik , baru tau . Tapi , kekadang tu segigih mana aku belajar , ada satu subjek yang tak pernah aku skor . Subjek apakah itu , kawan-kawan ? Ya , ten marks for you guys . It's Mathematics , whereas you need a pencil and a paper and a calculator . Aku tak suka teori dia , terangkan lah berapa puluh kali , memang aku bengap , aku lambat sikit catch up Math . HOHO , confession; Mak aku dah patahkan pembaris plastik sebab aku tak paham-paham pasal Coordinates , garang gila mak aku --' . Tapi lepastu dapatlah jugak 72% , kira O-K lah tuh :D
Tetiba la jugak , masa tengah mengelamun tadi , aku teringat seorang kawan sekolah rendah yang agak baik dengan aku , and aku pun baik dengan dia . Dia ni sporting , gila-gila , baik hati , ehh memang perfectlah sebagai seorang sahabat :) . Dulu aku pernah janji dengan dia , start dari Form 1 , kitorang akan belajar elok-elok , and kitorang akan jumpa lagi beberapa tahun lepas tu . Tapi sekarang aku dah tak jumpa dia dah , dia tinggalkan aku . Eh eh silap , aku yang tinggalkan dia wuuuuu ;( . Tapi sampai sekarang aku tak tunaikan pun janji tuu xP . Kekadang tu , aku boleh jumpa dia dalam mimpi . Di cakap macam ni;"Mana janji kau yang satu tuuuuuu" , sambil buat suara hantu , UUUUU UUUUU UUUUU . HAHA hambek kau terus jumpa dalam mimpi xD . Tapi , apasal baru sekarang aku ingat janji tu ha ? --' Nyanyuk sangat ke aku ni ah , cemuih aku . \tampar pipi kanan/
Pastu kan , dulu aku rajin belajar mesti ada sebab . Apa sebabnya ? Sebabnye , jawapan dia senang je . Ada sumber inspirasi depan mata xP . Siapakah sumber inspirasi yang bertuah tu ? HOHO nama dia ialah Apek iaitu bukan nama sebenar :D . Gila kau nak cakap direct to the spotlight dalam blog ni , adik aku baca kang mampos aku . Tapi it's real , aku rajin belajar sebab dia , aku masih berdiri di sini sebab dia , kalau dia tak ada entah jadi orang tak aku . Kalau dia tak ada entah aku jadi rajin tak ? Ye tak , ye tak , ye tak ? Ye lah tu jawapannya hehe xP *eh jap , apasal gatal sangat ah aku ni , cakap macam ni . Aaaaa apa yang aku tulis ni , gatalnya , nah dushhh sedas . \tampar pipi kiri/
Alamak panjang lebar pulok aku ceramah hari ni . Ada macam ustazah pilihan tak xD . Hehe malanglah balak-balak hensem and cowok-cowok cantik yang baca post ni ^^ . Disebabkan jari jemariku yang kembang dan tak berapa runcing ni dah penat menaip , aku nak berhenti dulu . Insya-allah akan sambung kemudian hari :D . Oleh itu , saya mengundur diri dengan ucapan Assalamualaikum .
p/s; kalau ada kesalahan ejaan , paham-paham sendiri lah ye . Aku malas lah nak betulkan typing error tu , heheh :)
Haha , bila tah aku dapat pergi tempat ni nanti . Ye lah , akan diusahakan , insya-allah :D

No comments:
Post a Comment